Ibnu Al-Baitar (1197–1248)
Nama penuh beliau ialah Abu Muhammad Abdallah Ibn
Ahmad Ibn al-Baitar Dhiya al-Din al-Malaqi.
Dilahirkan di kota Málaga Andalusia pada akhir abad
ke-12.Beliau
mempelajari bidang botani daripada ahli botani Málaga Abu al-Abbas al-Nabati
dengannya dia mula mengumpul tumbuh-tumbuhan di dalam dan sekitar Sepanyol. Pada 1219, Ibn al-Baitar meninggalkan Málaga untuk
perjalanan di dunia Islam untuk mengumpul tumbuh-tumbuhan. Beliau mengembara
dari pantai utara Afrika sejauh Anatolia. Stesen-stesen utama yang beliau lawat
termasuk Bugia, Constantinople, Tunis, Tripoli, Barqa dan Adalia.
Selepas 1224, beliau memasuki perkhidmatan untuk
al-Kamil, Sultan Ayyubiyah, dan dilantik sebagai ketua pakar herba. Pada 1227,
al-Kamil telah meluaskan penguasaan ke Damsyik, dan Ibn al-Baitar menemani
baginda di sana yang memberinya peluang untuk mengumpul tumbuh-tumbuhan di
Syria. Penyelidikannya pada tanaman diperluaskan ke seluruh kawasan yang luas
termasuk Semenanjung Arab dan Palestine. Beliau meninggal dunia di Damsyik pada
1248.
Sumbangan
Sumbangan utama Ibn Baitar ialah Kitab al-Jami fi
al-Adwiya al- Mufrada yang merupakan salah sebuah kompilasi botani yang
terhebat mengenai tumbuh-tumbuhan perubatan di Arab Saudi. Buku ini sangat
populer dan merupakan kitab paling terkemuka mengenai tumbuhan dan kaitannya
dengan ilmu pengobatan Arab. Kitab ini menjadi rujukan para ahli tumbuhan dan
obat-obatan hingga abad 16. Ensiklopedia tumbuhan yang ada dalam kitab ini
mencakup 1.400 item, terbanyak adalah tumbuhan obat dan sayur mayur termasuk
200 tumbuhan yang sebelumnya tidak diketahui jenisnya. Kitab tersebut pun
dirujuk oleh 150 penulis, kebanyakan asal Arab, dan dikutip oleh lebih dari 20
ilmuwan Yunani sebelum diterjemahkan ke bahasa Latin serta dipublikasikan tahun
1758.
Kitab-kitab lain beliau:-
-Penemu Ramuan Herbal Kanser (Hindiba)
Ramuan
Hindiba yang ditemukan al-Baitar itu mengandung zat antikanser yang juga bisa
menyembuhkan tumor dan ganguan-gangguan neoplastic.
No comments:
Post a Comment