Friday 26 February 2016

Al-Kindi



Nama lengkapnya adalah Abu Yusuf Bin Ishaq Bin Ash-Shabah Bin Imran Bin Al-Asy’ats Bin Qais. Beliau lahir di Kufah pada tahun 188 H (804 M) dan wafat pada tahun 260 H (874 M). Ayahnya bernama Ibnu As-Sabah, pernah menduduki jabatan Gabenor Kufah pada era kepemimpinan Al-Mahdi (775-785) dan pejabat di era Harun Arrasyid (786-809). 
Ketika Al-Kindi masih anak-anak, ayahnya meninggal dunia. Keadaannya yang yatim tidak mengendorkan semangatnya. Dia tetap terus mempelajari berbagai macam ilmu di Kufah, Basrah dan Baghdad. Dia memulai belajarnya dari ilmu-ilmu agama, kemudian filsasat, logika, matematika, musik, astronomi, fisika, kimia, geografi, kedokteran dan tekhnik mesin. Sepanjang hayat beliau,beliau telah dianggap sebagai ahli falsafah Muslim dan paling agung, tapi akhirnya namanya ditelengami oleh nama-nama hebat seperti Al-Farabi dan Ibn Sina. Al-Kindi adalah dianggap sebagai ahli falsafah Arab keturunan paling agung, walaupun beliau hanya dirujuk sebagai "Ahli Falsafah Arab".


Pendekatannya dalam bidang falsafah bukanlah hasil pemikiran yang asal, tetapi merangkumi penulisan Aristote dan Plato. Walaubagaimanapun hasil kerjanya amat penting kerana beliau memperkenalkan dan menyebarkan falsafah Yunani dikalangan cendikiawan Islam. Kebanyakan karya yang diterjemahkan dan dijadikan rujukan oleh cendikiawan merupakan falsafah dan hasil Al-Kindi.


Sumbangan

Sebagai satu ahli kimia yang termaju, beliau adalah seorang penentang alkimia. Beliau menunjukkan kesilapan mitos yang logam asas mudah boleh diubah menjadi logam berharga seperti emas atau argentum. Al-Kindi menyangkal alkimia yang telah dihasilkan oleh sejarawan yang lain. Beliau telah menghasilkan larutan alkohol sebagai sebatian asli yang menghasilkan tapisan asli alkohol dari tapisan air anggur(wain).

Al-Kindi telah menghasilkan pelbagai minyak wangi dan beliau dikatakan sebagai “BAPA” dalam industri minyak wangi.Beliau telah memperoleh hasil dari kajiannya mengenai minyak wangi melalui penyelidikan yang mengabungkan pelbagai tumbuhan dan pelbagai bahan untuk mengasilkan sesuatu produk.

Beliau mengembangkan hasil kerjanya dari minyak wangi kepada bahan-bahan kosmetik dan kecantikan. Dalam karyanya beliau telah menulis bahan-bahan untuk menghasilkan minyak wangi ialah minyak asli,pati wangi,dan air untuk mengantikan alkohol.Kapur barus juga telah dihasilkan oleh beliau yang juga merupakan penghasilan yang terawal di dunia.





Muka surat pertama manuskrip al-kindi

No comments:

Post a Comment