Wednesday, 24 February 2016

Jabir Ibnu Hayyan


Nama penuh Jabir Ibnu Hayyan adalah Abu Musa Jabir Ibnu Hayyan Al-Azdi . Beliau lebih dikenali sebagai Geber bin Hayyan di kalangan orang Barat. Beliau dilahirkan di Thus, Khurasan, Iran pada tahun 721 M atau sekitar abad ke-7. Jabir adalah seorang yang berketurunan Arab, namun ada juga yang mengatakan bahawa beliau berketurunan Persia. Ayahnya bernama Hayyan al-Azdi berasal dari suku Arab Azd adalah seorang ahli dalam bidang farmasi dari kabilah Yaman yang besar iaitu kabilah Azad.  Ada pendapat mengatakan beliau dinamakan Gaber (penampung) kerana memperbaiki ilmu kimia iaitu memindahkan ilmu kimia tua kepada bentuk ilmu kimia moden. Bidang kimia yang dipeolopori orang Islam mencapai kemuncaknya dengan cepat dalam abad ke-8 disebabkan oleh beliau dan juga terkenal sebagai Bapa Kimia Moden. Jabir meninggal dunia dalam tahanan rumah di Kufah, Iraq pada 815 M.



Sumbangan

KARYA JABIR IBNU HAYYAN

Banyak hasil karya Jabir telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris oleh sarjana Barat bagi memperkayakan khazanah ilmu di Barat. Beliau telah menulis 300 buku falsafah, 2300 artikel mengenai peralatan perang, 500 buku perubatan, buku serangga 300 halaman, 500 buah buku yang menolak beberapa teori falsafah, buku mengenai zuhud dan nasihat, buku mengenai mantera dan buku sains menurut Aristotle. Secara keseluruhannya, hampir 3. 000 risalah dan artikel dikemukakan oleh Jabir ibnu Hayyan. 112 didedikasikan untuk Barmaki Vizier, wazir Khalifah Harun al-Rasyid.

PENGHASILAN PERALATAN

Jabir Ibnu Hayyan berjaya menghasilkan instrumen pemotong, peleburan dan pengkristalan. Beliau menyempurnakan proses dasar sublimasi, penguapan, pencairan, kristalisasi, pembuatan kapur, penyulingan, pencelupan, pemurnian, sematan (fixation), dan oksidasi-reduksi. Semua teknik telah beliau siapkan sebelumnya, beliau juga telah membezakan antara penyulingan langsung menggunakan bejana basah dan penyulingan tak langsung menggunakan bejana kering, dan Jabir merupakan orang yang pertama kali mengesahkan bahawa air hanya dapat dimurnikan melaui proses penyulingan.

TEORI KIMIA

Beliau telah menjalankan exkperimen menggunakan teknik yang menakjubkan dalam bidang kimia yang kini menjadi dasar dalam mengembangkan ilmu kimia modern seperti kristalisasi, distilisasi/penyulingan, kalsinasi, dan sublimasi. Jabir ibnu Hayyan juga membuat instrumen pemotong, pelebur, dan pengkristal.

Begitu banyak sumbangan yang telah dihasilkan Jabir bagi pengembangan kimia. Berkat jasa Jabir-lah, ilmu pengetahuan modern bisa mengenal asam klorida, asam nitrat, asam sitrat, asam asetat, tehnik distilasi, dan tehnik kristalisasi. Jabir pulalah yang menemukan larutan aqua regia (dengan menggabungkan asam klorida dan asam nitrat) untuk melarutkan emas. Keberhasilan penting lainnya yang dicapai Jabir adalah kemampuannya mengaplikasi kan pengetahuan mengenai kimia ke dalam proses pembuatan besi dan logam lainnya, serta pencegahan karat. Ter nyata, Jabir jugalah yang kali pertama mengaplikasikan penggunaan mangan dioksida pada pembuatan gelas kaca.  

Ibnu Hayyan membahagikan bahan menjadi tiga kategori, iaitu air, logam, dan batuan (bahan campuran) :

1.  Air iaitu bahan yang mempengaruhi proses penguapan pada proses pemanasan, seperti pada bahan camphor (kamper), arsenik, amonium klorida, dan sulfur.

2.  Benda logam iaitu bahan yang dapat ditempa, berkilat, menghasilkan suara seperti pada emas, perak, timah, tembaga, besi.

3. Batuan (bahan campuran) iaitu bahan mineral yang tidak dapat ditempa dan dapat ditukar menjadi serbuk. Contohnya batu dan arang.

No comments:

Post a Comment