Nama penuh beliau ialah Abu Ja’far Muhammad ibn Qassoum ibn Aslam Al-Ghafiqi. Seorang ahli ubat-ubatan yang berasal dari Andalusia (Sepanyol), juga dikenal sebagai salah seorang ahli opthalmologi (mata) terbesar.Beliau mengumpul dan mengkaji pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang diperolehnya dari wilayah Sepanyol dan Afrika. Al-Ghafiqi membuat catatan yang menggambarkan secara tepat tentang jenis-jenis tumbuhan koleksinya itu.
Deskripsi tentang tumbuh-tumbuhan yang dibuat Al-Ghafiqi diakui sebagai karya yang paling membanggakan yang pernah dibuat seorang Muslim. Beliau memberi nama setiap tanaman dalam tiga bahasa, yaitu Arab, Latin, dan Barbar. Karya fenomenal Al-Ghafiqi yang berjudul Al-Adwiyah al-Mufradah memberikan inspirasi kepada Ibnu Baytar untuk meneliti tumbuh-tumbuhan dengan cara sederhana seperti yang dilakukan Al-Ghafiqi. Masyarakat Cordoba sangat menghormati Al-Ghafiqi. Hingga kini nama Al-Ghafiqi terukir di rumah sakit di Cordoba, yang di ukir untuk mengenang jasa-jasa ilmuwan tersebut.
Karya fenomenal
Al-Ghafiqi yang berjudul Al-Adwiyah al-Mufradah.
Sumbangan
·
Dalam
bidang farmacologi, beliau menulis kitab
Al Adawiyah al Mufradah iaitu kitab tentang pelbagai jenis ubatan. Ilmuwan
Islam ini juga turut memberi kontribusi dalam pengembangan farmakologi dan
farmasi. Sumbangan Al-Ghafiqi juga meliputi memajukan ilmu tentang komposisi,
kuantiti pengambilan ubat dan cara menyimpan ubat-ubatan. Beliau telah
menulisnya dalam kitab Al-Jami’
Al-Adwiyyah Al-Mufradah. Risalah itu memaparkan tentang pendekatan dalam
metodelogi, eksperimen, serta observasi dalam kimia, farmakologi dan farmasi.
·
Dalam
bidang opthalmologi (mata), beliau menulis kitab Al-Murshid fil Kuhl.
Al-Ghafiqi banyak merujuk kepada karya Ammar bin Ali Al-Mosuli tetapi lebih
menekankan penelitian pada jaringan otak yang berhubungan dengan mata.
No comments:
Post a Comment