Monday, 29 February 2016
PENGENALAN
Bidang kimia telah melalui peringkat sebelum tamadun Islam bermula lagi iaitu seperti mana yang kita ketahui kebolehan manusia dalam tamadun awal seperti tamadun Mesir, tamadun China sebelum ianya diwariskan kepada tamadun Islam. Pembentukannya dalam dunia Islam bermula pada abad ke-7 dan ke-8M. Ilmu kimia sangat banyak menyumbangkan sesuatu alat atau ciptaan kepada tamadun Islam. Antara contoh yang paling dekat dengan kita ialah aspek teknologi kimia yang banyak kita gunakan dalam kehidupan harian. Perkembangan lain kimia seperti dalam bidang perindustrian, perusahaan, penyulingan dan sebagainya. Ramai tokoh-tokoh kimia yang berjaya memajukan bidang kimia Islam antaranya ialah Jabir Ibn Hayyan al-Kufi, Khalid ibn Yazid, Muhammad Abu Bakar al-Razi dan ramai lagi.
Sunday, 28 February 2016
SUMBANGAN TOKOH-TOKOH DALAM BIDANG KIMIA
Ibnu Al-Baitar (1197–1248)
Nama penuh beliau ialah Abu Muhammad Abdallah Ibn
Ahmad Ibn al-Baitar Dhiya al-Din al-Malaqi.
Dilahirkan di kota Málaga Andalusia pada akhir abad
ke-12.Beliau
mempelajari bidang botani daripada ahli botani Málaga Abu al-Abbas al-Nabati
dengannya dia mula mengumpul tumbuh-tumbuhan di dalam dan sekitar Sepanyol. Pada 1219, Ibn al-Baitar meninggalkan Málaga untuk
perjalanan di dunia Islam untuk mengumpul tumbuh-tumbuhan. Beliau mengembara
dari pantai utara Afrika sejauh Anatolia. Stesen-stesen utama yang beliau lawat
termasuk Bugia, Constantinople, Tunis, Tripoli, Barqa dan Adalia.
Selepas 1224, beliau memasuki perkhidmatan untuk
al-Kamil, Sultan Ayyubiyah, dan dilantik sebagai ketua pakar herba. Pada 1227,
al-Kamil telah meluaskan penguasaan ke Damsyik, dan Ibn al-Baitar menemani
baginda di sana yang memberinya peluang untuk mengumpul tumbuh-tumbuhan di
Syria. Penyelidikannya pada tanaman diperluaskan ke seluruh kawasan yang luas
termasuk Semenanjung Arab dan Palestine. Beliau meninggal dunia di Damsyik pada
1248.
Sumbangan
Sumbangan utama Ibn Baitar ialah Kitab al-Jami fi
al-Adwiya al- Mufrada yang merupakan salah sebuah kompilasi botani yang
terhebat mengenai tumbuh-tumbuhan perubatan di Arab Saudi. Buku ini sangat
populer dan merupakan kitab paling terkemuka mengenai tumbuhan dan kaitannya
dengan ilmu pengobatan Arab. Kitab ini menjadi rujukan para ahli tumbuhan dan
obat-obatan hingga abad 16. Ensiklopedia tumbuhan yang ada dalam kitab ini
mencakup 1.400 item, terbanyak adalah tumbuhan obat dan sayur mayur termasuk
200 tumbuhan yang sebelumnya tidak diketahui jenisnya. Kitab tersebut pun
dirujuk oleh 150 penulis, kebanyakan asal Arab, dan dikutip oleh lebih dari 20
ilmuwan Yunani sebelum diterjemahkan ke bahasa Latin serta dipublikasikan tahun
1758.
Kitab-kitab lain beliau:-
-Penemu Ramuan Herbal Kanser (Hindiba)
Ramuan
Hindiba yang ditemukan al-Baitar itu mengandung zat antikanser yang juga bisa
menyembuhkan tumor dan ganguan-gangguan neoplastic.
Saturday, 27 February 2016
Abu Ja'far Al-Ghafiqi
Nama penuh beliau ialah Abu Ja’far Muhammad ibn Qassoum ibn Aslam Al-Ghafiqi. Seorang ahli ubat-ubatan yang berasal dari Andalusia (Sepanyol), juga dikenal sebagai salah seorang ahli opthalmologi (mata) terbesar.Beliau mengumpul dan mengkaji pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang diperolehnya dari wilayah Sepanyol dan Afrika. Al-Ghafiqi membuat catatan yang menggambarkan secara tepat tentang jenis-jenis tumbuhan koleksinya itu.
Deskripsi tentang tumbuh-tumbuhan yang dibuat Al-Ghafiqi diakui sebagai karya yang paling membanggakan yang pernah dibuat seorang Muslim. Beliau memberi nama setiap tanaman dalam tiga bahasa, yaitu Arab, Latin, dan Barbar. Karya fenomenal Al-Ghafiqi yang berjudul Al-Adwiyah al-Mufradah memberikan inspirasi kepada Ibnu Baytar untuk meneliti tumbuh-tumbuhan dengan cara sederhana seperti yang dilakukan Al-Ghafiqi. Masyarakat Cordoba sangat menghormati Al-Ghafiqi. Hingga kini nama Al-Ghafiqi terukir di rumah sakit di Cordoba, yang di ukir untuk mengenang jasa-jasa ilmuwan tersebut.
Karya fenomenal
Al-Ghafiqi yang berjudul Al-Adwiyah al-Mufradah.
Sumbangan
·
Dalam
bidang farmacologi, beliau menulis kitab
Al Adawiyah al Mufradah iaitu kitab tentang pelbagai jenis ubatan. Ilmuwan
Islam ini juga turut memberi kontribusi dalam pengembangan farmakologi dan
farmasi. Sumbangan Al-Ghafiqi juga meliputi memajukan ilmu tentang komposisi,
kuantiti pengambilan ubat dan cara menyimpan ubat-ubatan. Beliau telah
menulisnya dalam kitab Al-Jami’
Al-Adwiyyah Al-Mufradah. Risalah itu memaparkan tentang pendekatan dalam
metodelogi, eksperimen, serta observasi dalam kimia, farmakologi dan farmasi.
·
Dalam
bidang opthalmologi (mata), beliau menulis kitab Al-Murshid fil Kuhl.
Al-Ghafiqi banyak merujuk kepada karya Ammar bin Ali Al-Mosuli tetapi lebih
menekankan penelitian pada jaringan otak yang berhubungan dengan mata.
Friday, 26 February 2016
Al-Kindi
Nama lengkapnya adalah Abu Yusuf Bin Ishaq Bin Ash-Shabah Bin Imran Bin Al-Asy’ats Bin Qais. Beliau lahir di Kufah pada tahun 188 H (804 M) dan wafat pada tahun 260 H (874 M). Ayahnya bernama Ibnu As-Sabah, pernah menduduki jabatan Gabenor Kufah pada era kepemimpinan Al-Mahdi (775-785) dan pejabat di era Harun Arrasyid (786-809).
Ketika Al-Kindi masih anak-anak, ayahnya meninggal dunia. Keadaannya yang yatim tidak mengendorkan semangatnya. Dia tetap terus mempelajari berbagai macam ilmu di Kufah, Basrah dan Baghdad. Dia memulai belajarnya dari ilmu-ilmu agama, kemudian filsasat, logika, matematika, musik, astronomi, fisika, kimia, geografi, kedokteran dan tekhnik mesin. Sepanjang hayat beliau,beliau telah dianggap sebagai ahli falsafah Muslim dan paling agung, tapi akhirnya namanya ditelengami oleh nama-nama hebat seperti Al-Farabi dan Ibn Sina. Al-Kindi adalah dianggap sebagai ahli falsafah Arab keturunan paling agung, walaupun beliau hanya dirujuk sebagai "Ahli Falsafah Arab".
Pendekatannya dalam bidang falsafah bukanlah hasil pemikiran yang asal, tetapi merangkumi penulisan Aristote dan Plato. Walaubagaimanapun hasil kerjanya amat penting kerana beliau memperkenalkan dan menyebarkan falsafah Yunani dikalangan cendikiawan Islam. Kebanyakan karya yang diterjemahkan dan dijadikan rujukan oleh cendikiawan merupakan falsafah dan hasil Al-Kindi.
Sumbangan
Sebagai satu ahli kimia yang termaju, beliau adalah
seorang penentang alkimia. Beliau menunjukkan kesilapan mitos yang logam asas
mudah boleh diubah menjadi logam berharga seperti emas atau argentum. Al-Kindi
menyangkal alkimia yang telah dihasilkan oleh sejarawan yang lain. Beliau telah
menghasilkan larutan alkohol sebagai sebatian asli yang menghasilkan tapisan
asli alkohol dari tapisan air anggur(wain).
Al-Kindi
telah menghasilkan pelbagai minyak wangi dan beliau dikatakan sebagai “BAPA”
dalam industri minyak wangi.Beliau telah memperoleh hasil dari kajiannya
mengenai minyak wangi melalui penyelidikan yang mengabungkan pelbagai tumbuhan
dan pelbagai bahan untuk mengasilkan sesuatu produk.
Beliau
mengembangkan hasil kerjanya dari minyak wangi kepada bahan-bahan kosmetik dan
kecantikan. Dalam karyanya beliau telah menulis bahan-bahan untuk menghasilkan
minyak wangi ialah minyak asli,pati wangi,dan air untuk mengantikan
alkohol.Kapur barus juga telah dihasilkan oleh beliau yang juga merupakan
penghasilan yang terawal di dunia.
Muka surat pertama manuskrip al-kindi
Thursday, 25 February 2016
At-Tifasyi
At-Tifasyi
merupakan seorang ilmuan Arab yang sangat terkenal dalam bidang geologi. Beliau
tergolong sebagai salah seorang ilmuan dan pengasas pertama ilmu geologi. Nama
sebenar beliau ialah Syihabuddin Abu Abbas Ahmad bin Yusuf bin Ahmad bin Abu
Bakr bin Hamdun. Beliau dikenal dengan nama At-Tifasyi kerana dilahirkan di sebuah
desa yang bernama Tifasy, iaitu yang terletak berhampiran kota Qafshah, sebelah
barat Tunisia. Beliau juga dikenal dengan nama Al-Qafshi.
At-Tifasyi
lahir pada 580 Hijrah / 1184 Masihi. Beliau berasal dalam kalangan keluarga
yang kaya raya dan berpengaruh. Datuknya adalah salah seorang kakitangan
kerajaan Al-Muwahhidin yang pernah memerintah negara Maghribi. Bapanya adalah
seorang pegawai di pejabat kehakiman. Syihabuddin At-Tifasyi telah menghabiskan
masa kecilnya dan sebahagian daripada masa remajanya di Tunisia. Beliau
kemudian berkunjung ke Kaherah dan dari kota tersebut beliau berangkat menuju
Damsyik dan kemudian kembali ke Tunisia.
At-Tifasyi
telah mencipta dasar ilmu geologi, terutama dalam pengajian dan penelitian yang
berhubung dengan batu-batuan (mineralogi). Beliau juga banyak menguasai ilmu
geografi, melakukan pemantauan terhadap udara dan menguasai ilmu kedoktoran,
serta mengarang buku dalam bidang itu.
At-Tifasyi
menghabiskan hari-harinya di Mesir dan pada saat berada di negeri ini beliau menjalin
hubungan baik dengan Sultan Al-Ayyubi, Raja Al-Kamil. Beliau kemudian bepergian
menuju Syam dan mengadakan kunjungan ke beberapa tempat di kota itu.
Perjalanannya berakhir di kota Cairo hingga akhirnya beliau dipanggil oleh
Tuhannya pada tahun 651 H/1253 M.
Sumbangan
At-Tifasyi
telah membuat dasar ilmu geologi, terutama dalam studi dan penelitian yang
perhubungan antara barang tambang dan batu-batuan (mineralogy). Beliau juga
banyak menguasai ilmu geografi, melakukan pemantauan terhadap udara dan
menguasai ilmu kedokteran, serta mengarang buku dalam bidang itu. Beliau adalah
orang yang pertama kali mengarang buku dalam ilmu mineralogi dengan benar. Cara
penulisannya dianggap sebagai dasar penulisan ilmiah yang masih berlaku pada
zaman moden ini.
Beliau
mengadakan penelitian tentang dasar-dasar ilmu mineralogi dan mempelajarinya,
lalu menulis buku-buku tentang barang tambang dan batu-batuan dengan
menjelaskan sebab-sebab adanya secara alami. Namun yang lebih dipertimbangkan
dari hal itu adalah bahwa beliau membuat teori khusus berhubungan dengan
dasar-dasar barang kelas menengah dan teorinya sesuai dengan teori modern yang
dipakai saat ini.
Beliau
adalah orang yang pertama kali mengingatkan sebagian fenomena penting dalam
ilmu mineralogi, seperti pembelahan, kekembaran (terjadinya kristalisasi dari
dua logam yang sama atau lebih), akan tetapi dia mempela jarinya dengan istilah
khusus yang berbeda dengan istilah-istilah yang berhubungan dengan masa kita.
Beliau telah berhasil mempelopori penggunaan test pembakaran untuk meyakinkan
kemurnian logam atau batu mulia.
Karyanya dalam geologi dan mineralogi
·
"Kitab
AzharAl-Afkar Fi JawahirAl-Ahjar." Kitab ini merupakan ensiklopedia besar
dalam ilmu geologi dan mineralogi. Buku ini dibagi menjadi beberapa bab dan
tiap-tiap bab membahas tentang salah satu jenis logam atau batu mulia.
Penulisan buku ini selesai pada tahun 640 H (1242M) dan pernah diterjemahkan beberapa kali ke
dalam bahasa Latin. Sebagaimana juga pernah diter-jemahkan ke dalam bahasa
Prancis, Inggris, dan Jerman.
Wednesday, 24 February 2016
Jabir Ibnu Hayyan
Nama penuh Jabir Ibnu Hayyan adalah Abu Musa Jabir Ibnu Hayyan Al-Azdi . Beliau lebih dikenali sebagai Geber bin Hayyan di kalangan orang Barat. Beliau dilahirkan di Thus, Khurasan, Iran pada tahun 721 M atau sekitar abad ke-7. Jabir adalah seorang yang berketurunan Arab, namun ada juga yang mengatakan bahawa beliau berketurunan Persia. Ayahnya bernama Hayyan al-Azdi berasal dari suku Arab Azd adalah seorang ahli dalam bidang farmasi dari kabilah Yaman yang besar iaitu kabilah Azad. Ada pendapat mengatakan beliau dinamakan Gaber (penampung) kerana memperbaiki ilmu kimia iaitu memindahkan ilmu kimia tua kepada bentuk ilmu kimia moden. Bidang kimia yang dipeolopori orang Islam mencapai kemuncaknya dengan cepat dalam abad ke-8 disebabkan oleh beliau dan juga terkenal sebagai Bapa Kimia Moden. Jabir meninggal dunia dalam tahanan rumah di Kufah, Iraq pada 815 M.
Sumbangan
KARYA JABIR IBNU HAYYAN
Banyak
hasil karya Jabir telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris
oleh sarjana Barat bagi memperkayakan khazanah ilmu di Barat. Beliau telah
menulis 300 buku falsafah, 2300 artikel mengenai peralatan perang, 500 buku
perubatan, buku serangga 300 halaman, 500 buah buku yang menolak beberapa teori
falsafah, buku mengenai zuhud dan nasihat, buku mengenai mantera dan buku sains
menurut Aristotle. Secara keseluruhannya, hampir 3. 000 risalah dan artikel
dikemukakan oleh Jabir ibnu Hayyan. 112 didedikasikan untuk Barmaki Vizier,
wazir Khalifah Harun al-Rasyid.
PENGHASILAN PERALATAN
Jabir
Ibnu Hayyan berjaya menghasilkan instrumen pemotong, peleburan dan pengkristalan.
Beliau menyempurnakan proses dasar sublimasi, penguapan, pencairan,
kristalisasi, pembuatan kapur, penyulingan, pencelupan, pemurnian, sematan
(fixation), dan oksidasi-reduksi. Semua teknik telah beliau siapkan sebelumnya,
beliau juga telah membezakan antara penyulingan langsung menggunakan bejana
basah dan penyulingan tak langsung menggunakan bejana kering, dan Jabir
merupakan orang yang pertama kali mengesahkan bahawa air hanya dapat dimurnikan
melaui proses penyulingan.
TEORI KIMIA
Beliau
telah menjalankan exkperimen menggunakan teknik yang menakjubkan dalam bidang
kimia yang kini menjadi dasar dalam mengembangkan ilmu kimia modern seperti kristalisasi, distilisasi/penyulingan,
kalsinasi, dan sublimasi. Jabir ibnu Hayyan juga membuat instrumen
pemotong, pelebur, dan pengkristal.
Begitu
banyak sumbangan yang telah dihasilkan Jabir bagi pengembangan kimia. Berkat
jasa Jabir-lah, ilmu pengetahuan modern bisa mengenal asam klorida, asam
nitrat, asam sitrat, asam asetat, tehnik distilasi, dan tehnik kristalisasi.
Jabir pulalah yang menemukan larutan aqua regia (dengan menggabungkan asam
klorida dan asam nitrat) untuk melarutkan emas. Keberhasilan penting lainnya yang
dicapai Jabir adalah kemampuannya mengaplikasi kan pengetahuan mengenai kimia ke
dalam proses pembuatan besi dan logam lainnya, serta pencegahan karat. Ter
nyata, Jabir jugalah yang kali pertama mengaplikasikan penggunaan mangan
dioksida pada pembuatan gelas kaca.
Ibnu
Hayyan membahagikan bahan menjadi tiga kategori, iaitu air, logam, dan batuan
(bahan campuran) :
1. Air iaitu bahan yang mempengaruhi
proses penguapan pada proses pemanasan, seperti pada bahan camphor (kamper), arsenik,
amonium klorida, dan sulfur.
2. Benda logam iaitu bahan yang dapat
ditempa, berkilat, menghasilkan suara seperti pada emas, perak, timah, tembaga,
besi.
3. Batuan (bahan campuran) iaitu bahan
mineral yang tidak dapat ditempa dan dapat ditukar menjadi serbuk. Contohnya
batu dan arang.
Tuesday, 23 February 2016
Al-Razi
Al-Razi
atau nama sebenarnya Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi, lahir pada tahun
236H bersamaan 850M. Sesetengah pendapat mengatakan yang beliau lahir pada 1 Sya'ban
251H bersamaan 865M. Beliau anak kelahiran bum! Iran iaitu di Ray dekat Tehran
merupakan seorang tokoh falsafah yang masyhur pada kurun ke-3 Hijrah. Beliau
pada zaman mudanya menjadi pemain gambus (rebab, rebana) sambil menyanyi,
kemudian dia meninggalkan pekerjaan itu dan mempelajari bidang perubatan dan
falsafah. Beliau belajar ilmu kedoktoran dengan Ali ibn Rabban al-Thabari (192
- 240H bersamaan 808-855M) dan belajar ilmu falsafah dengan al-Balkhi. Dalam
masa yang sama beliau juga belajar matematik, astronomi, sastera, dan kimia.
Sumbangan
Karya Al-Razi
Al-Razi merupakan antara tokoh yang produktif dalam lapangan penulisan. Hal ini terbukti dengan banyak hasil karya beliau ditemui termasuk yang telah hilang. Tidak kurang daripada 200 buah karangan termasuk buku, makalah, dan surat-surat telah dihasilkan oleh al-Razi dicatatkan para pengkaji. Karya-karya beliau banyak membincangkan persoalan falsafah, perubatan, sains, ketuhanan, al-Quran, ilmu kalam, bahasa Arab, fiqh dan usul fiqh, geometri, dan sejarah.
Beberapa karya tulis ilmiahnya dalam bidang ilmu kimia
yaitu:
o Kitab al Asrar, yang membahas tentang teknik
penanganan zat-zat kimia dan manfaatnya.
o Liber Experimentorum, Ar-Razi membahas pembagian zat
kedalam hewan, tumbuhan dan mineral, yang menjadi cikal bakal kimia organik dan
kimia non-organik.
o Sirr al-Asrar:
o
llmu
dalam pencarian ubat-ubatan daripada sumber tumbuhan, hewan, dan galian, serta
simbolnya dan jenis terbaik bagi setiap satu untuk digunakan dalam rawatan.
Bidang Perubatan
Walaupun
pada akhirnya beliau dikenal sebagai ahli pengubatan seperti Ibnu Sina, pada
awalnya al-Razi adalah seorang ahli kimia.. Menurut sebuah riwayat yang dikutip
oleh Nasr (1968), al-Razi meninggalkan dunia kimia karena penglihatannya mulai
kabur akibat ekperimen-eksperimen kimia yang meletihkannya dan dengan bekal
ilmu kimianya yang luas lalu menekuni dunia medis-kedokteran, yang rupanya
menarik minatnya pada waktu mudanya.. Beliau mengatakan bahawa seorang pesakit
yang telah sembuh dari penyakitnya adalah disebabkan oleh respon reaksi kimia
yang terdapat di dalam tubuhnya tersebut. Dalam waktu yang relatif cepat, ia
mendirikan rumah sakit di Rayy, salah satu rumah sakit yang terkenal sebagai
pusat penelitian dan pendidikan medis..Selang beberapa waktu kemudian, ia juga
dipercaya untuk memimpin rumah sakit di Baghdad.
Subscribe to:
Posts (Atom)