Monday, 29 February 2016

PENGENALAN

Bidang kimia telah melalui peringkat sebelum tamadun Islam bermula lagi iaitu seperti mana yang kita ketahui kebolehan manusia dalam tamadun awal seperti tamadun Mesir, tamadun China sebelum ianya diwariskan kepada tamadun Islam.   Pembentukannya dalam dunia Islam bermula pada abad ke-7 dan ke-8M.  Ilmu kimia sangat banyak menyumbangkan sesuatu alat atau ciptaan kepada tamadun Islam.  Antara contoh yang paling dekat dengan kita ialah aspek teknologi kimia yang banyak kita gunakan dalam kehidupan harian.  Perkembangan lain kimia seperti dalam bidang perindustrian, perusahaan, penyulingan dan sebagainya.  Ramai tokoh-tokoh kimia yang berjaya memajukan bidang kimia Islam antaranya ialah Jabir Ibn Hayyan al-Kufi, Khalid ibn Yazid, Muhammad Abu Bakar al-Razi dan ramai lagi.  

Sunday, 28 February 2016

SUMBANGAN TOKOH-TOKOH DALAM BIDANG KIMIA

Ibnu Al-Baitar (1197–1248)


Nama penuh beliau ialah Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad Ibn al-Baitar Dhiya al-Din al-Malaqi.
Dilahirkan di kota Málaga Andalusia pada akhir abad ke-12.Beliau mempelajari bidang botani daripada ahli botani Málaga Abu al-Abbas al-Nabati dengannya dia mula mengumpul tumbuh-tumbuhan di dalam dan sekitar Sepanyol. Pada 1219, Ibn al-Baitar meninggalkan Málaga untuk perjalanan di dunia Islam untuk mengumpul tumbuh-tumbuhan. Beliau mengembara dari pantai utara Afrika sejauh Anatolia. Stesen-stesen utama yang beliau lawat termasuk Bugia, Constantinople, Tunis, Tripoli, Barqa dan Adalia.

Selepas 1224, beliau memasuki perkhidmatan untuk al-Kamil, Sultan Ayyubiyah, dan dilantik sebagai ketua pakar herba. Pada 1227, al-Kamil telah meluaskan penguasaan ke Damsyik, dan Ibn al-Baitar menemani baginda di sana yang memberinya peluang untuk mengumpul tumbuh-tumbuhan di Syria. Penyelidikannya pada tanaman diperluaskan ke seluruh kawasan yang luas termasuk Semenanjung Arab dan Palestine. Beliau meninggal dunia di Damsyik pada 1248.

Sumbangan
Sumbangan utama Ibn Baitar ialah Kitab al-Jami fi al-Adwiya al- Mufrada yang merupakan salah sebuah kompilasi botani yang terhebat mengenai tumbuh-tumbuhan perubatan di Arab Saudi. Buku ini sangat populer dan merupakan kitab paling terkemuka mengenai tumbuhan dan kaitannya dengan ilmu pengobatan Arab. Kitab ini menjadi rujukan para ahli tumbuhan dan obat-obatan hingga abad 16. Ensiklopedia tumbuhan yang ada dalam kitab ini mencakup 1.400 item, terbanyak adalah tumbuhan obat dan sayur mayur termasuk 200 tumbuhan yang sebelumnya tidak diketahui jenisnya. Kitab tersebut pun dirujuk oleh 150 penulis, kebanyakan asal Arab, dan dikutip oleh lebih dari 20 ilmuwan Yunani sebelum diterjemahkan ke bahasa Latin serta dipublikasikan tahun 1758.
Kitab-kitab lain beliau:-


-Penemu Ramuan Herbal Kanser (Hindiba)
 Ramuan Hindiba yang ditemukan al-Baitar itu mengandung zat antikanser yang juga bisa menyembuhkan tumor dan ganguan-gangguan neoplastic.


Saturday, 27 February 2016

Abu Ja'far Al-Ghafiqi


Nama penuh beliau ialah Abu Ja’far Muhammad ibn Qassoum ibn Aslam Al-Ghafiqi. Seorang ahli ubat-ubatan yang berasal dari Andalusia (Sepanyol), juga dikenal sebagai salah seorang ahli opthalmologi (mata) terbesar.Beliau mengumpul dan mengkaji pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang diperolehnya dari wilayah Sepanyol dan Afrika. Al-Ghafiqi membuat catatan yang menggambarkan secara tepat tentang jenis-jenis tumbuhan koleksinya itu.

Deskripsi tentang tumbuh-tumbuhan yang dibuat Al-Ghafiqi diakui sebagai karya yang paling membanggakan yang pernah dibuat seorang Muslim. Beliau memberi nama setiap tanaman dalam tiga bahasa, yaitu Arab, Latin, dan Barbar. Karya fenomenal Al-Ghafiqi yang berjudul Al-Adwiyah al-Mufradah memberikan inspirasi kepada Ibnu Baytar untuk meneliti tumbuh-tumbuhan dengan cara sederhana seperti yang dilakukan Al-Ghafiqi. Masyarakat Cordoba sangat menghormati Al-Ghafiqi. Hingga kini nama Al-Ghafiqi terukir di rumah sakit di Cordoba, yang di ukir untuk mengenang jasa-jasa ilmuwan tersebut.








Karya fenomenal Al-Ghafiqi yang berjudul Al-Adwiyah al-Mufradah.







Sumbangan

·         Dalam bidang farmacologi, beliau  menulis kitab Al Adawiyah al Mufradah iaitu kitab tentang pelbagai jenis ubatan. Ilmuwan Islam ini juga turut memberi kontribusi dalam pengembangan farmakologi dan farmasi. Sumbangan Al-Ghafiqi juga meliputi memajukan ilmu tentang komposisi, kuantiti pengambilan ubat dan cara menyimpan ubat-ubatan. Beliau telah menulisnya  dalam kitab Al-Jami’ Al-Adwiyyah Al-Mufradah. Risalah itu memaparkan tentang pendekatan dalam metodelogi, eksperimen, serta observasi dalam kimia, farmakologi dan farmasi.

·         Dalam bidang opthalmologi (mata), beliau menulis kitab Al-Murshid fil Kuhl. Al-Ghafiqi banyak merujuk kepada karya Ammar bin Ali Al-Mosuli tetapi lebih menekankan penelitian pada jaringan otak yang berhubungan dengan mata.












Arca Abu Ja'far Al-Ghafiqi di Cordoba.

Friday, 26 February 2016

Al-Kindi



Nama lengkapnya adalah Abu Yusuf Bin Ishaq Bin Ash-Shabah Bin Imran Bin Al-Asy’ats Bin Qais. Beliau lahir di Kufah pada tahun 188 H (804 M) dan wafat pada tahun 260 H (874 M). Ayahnya bernama Ibnu As-Sabah, pernah menduduki jabatan Gabenor Kufah pada era kepemimpinan Al-Mahdi (775-785) dan pejabat di era Harun Arrasyid (786-809). 
Ketika Al-Kindi masih anak-anak, ayahnya meninggal dunia. Keadaannya yang yatim tidak mengendorkan semangatnya. Dia tetap terus mempelajari berbagai macam ilmu di Kufah, Basrah dan Baghdad. Dia memulai belajarnya dari ilmu-ilmu agama, kemudian filsasat, logika, matematika, musik, astronomi, fisika, kimia, geografi, kedokteran dan tekhnik mesin. Sepanjang hayat beliau,beliau telah dianggap sebagai ahli falsafah Muslim dan paling agung, tapi akhirnya namanya ditelengami oleh nama-nama hebat seperti Al-Farabi dan Ibn Sina. Al-Kindi adalah dianggap sebagai ahli falsafah Arab keturunan paling agung, walaupun beliau hanya dirujuk sebagai "Ahli Falsafah Arab".


Pendekatannya dalam bidang falsafah bukanlah hasil pemikiran yang asal, tetapi merangkumi penulisan Aristote dan Plato. Walaubagaimanapun hasil kerjanya amat penting kerana beliau memperkenalkan dan menyebarkan falsafah Yunani dikalangan cendikiawan Islam. Kebanyakan karya yang diterjemahkan dan dijadikan rujukan oleh cendikiawan merupakan falsafah dan hasil Al-Kindi.


Sumbangan

Sebagai satu ahli kimia yang termaju, beliau adalah seorang penentang alkimia. Beliau menunjukkan kesilapan mitos yang logam asas mudah boleh diubah menjadi logam berharga seperti emas atau argentum. Al-Kindi menyangkal alkimia yang telah dihasilkan oleh sejarawan yang lain. Beliau telah menghasilkan larutan alkohol sebagai sebatian asli yang menghasilkan tapisan asli alkohol dari tapisan air anggur(wain).

Al-Kindi telah menghasilkan pelbagai minyak wangi dan beliau dikatakan sebagai “BAPA” dalam industri minyak wangi.Beliau telah memperoleh hasil dari kajiannya mengenai minyak wangi melalui penyelidikan yang mengabungkan pelbagai tumbuhan dan pelbagai bahan untuk mengasilkan sesuatu produk.

Beliau mengembangkan hasil kerjanya dari minyak wangi kepada bahan-bahan kosmetik dan kecantikan. Dalam karyanya beliau telah menulis bahan-bahan untuk menghasilkan minyak wangi ialah minyak asli,pati wangi,dan air untuk mengantikan alkohol.Kapur barus juga telah dihasilkan oleh beliau yang juga merupakan penghasilan yang terawal di dunia.





Muka surat pertama manuskrip al-kindi

Thursday, 25 February 2016

At-Tifasyi

At-Tifasyi merupakan seorang ilmuan Arab yang sangat terkenal dalam bidang geologi. Beliau tergolong sebagai salah seorang ilmuan dan pengasas pertama ilmu geologi. Nama sebenar beliau ialah Syihabuddin Abu Abbas Ahmad bin Yusuf bin Ahmad bin Abu Bakr bin Hamdun. Beliau dikenal dengan nama At-Tifasyi kerana dilahirkan di sebuah desa yang bernama Tifasy, iaitu yang terletak berhampiran kota Qafshah, sebelah barat Tunisia. Beliau juga dikenal dengan nama Al-Qafshi.

At-Tifasyi lahir pada 580 Hijrah / 1184 Masihi. Beliau berasal dalam kalangan keluarga yang kaya raya dan berpengaruh. Datuknya adalah salah seorang kakitangan kerajaan Al-Muwahhidin yang pernah memerintah negara Maghribi. Bapanya adalah seorang pegawai di pejabat kehakiman. Syihabuddin At-Tifasyi telah menghabiskan masa kecilnya dan sebahagian daripada masa remajanya di Tunisia. Beliau kemudian berkunjung ke Kaherah dan dari kota tersebut beliau berangkat menuju Damsyik dan kemudian kembali ke Tunisia.

At-Tifasyi telah mencipta dasar ilmu geologi, terutama dalam pengajian dan penelitian yang berhubung dengan batu-batuan (mineralogi). Beliau juga banyak menguasai ilmu geografi, melakukan pemantauan terhadap udara dan menguasai ilmu kedoktoran, serta mengarang buku dalam bidang itu.



At-Tifasyi menghabiskan hari-harinya di Mesir dan pada saat berada di negeri ini beliau menjalin hubungan baik dengan Sultan Al-Ayyubi, Raja Al-Kamil. Beliau kemudian bepergian menuju Syam dan mengadakan kunjungan ke beberapa tempat di kota itu. Perjalanannya berakhir di kota Cairo hingga akhirnya beliau dipanggil oleh Tuhannya pada tahun 651 H/1253 M.


Sumbangan


At-Tifasyi telah membuat dasar ilmu geologi, terutama dalam studi dan penelitian yang perhubungan antara barang tambang dan batu-batuan (mineralogy). Beliau juga banyak menguasai ilmu geografi, melakukan pemantauan terhadap udara dan menguasai ilmu kedokteran, serta mengarang buku dalam bidang itu. Beliau adalah orang yang pertama kali mengarang buku dalam ilmu mineralogi dengan benar. Cara penulisannya dianggap sebagai dasar penulisan ilmiah yang masih berlaku pada zaman moden ini.

Beliau mengadakan penelitian tentang dasar-dasar ilmu mineralogi dan mempelajarinya, lalu menulis buku-buku tentang barang tambang dan batu-batuan dengan menjelaskan sebab-sebab adanya secara alami. Namun yang lebih dipertimbangkan dari hal itu adalah bahwa beliau membuat teori khusus berhubungan dengan dasar-dasar barang kelas menengah dan teorinya sesuai dengan teori modern yang dipakai saat ini.

Beliau adalah orang yang pertama kali mengingatkan sebagian fenomena penting dalam ilmu mineralogi, seperti pembelahan, kekembaran (terjadinya kristalisasi dari dua logam yang sama atau lebih), akan tetapi dia mempela jarinya dengan istilah khusus yang berbeda dengan istilah-istilah yang berhubungan dengan masa kita. Beliau telah berhasil mempelopori penggunaan test pembakaran untuk meyakinkan kemurnian logam atau batu mulia.


Karyanya dalam geologi dan mineralogi

·         "Kitab AzharAl-Afkar Fi JawahirAl-Ahjar." Kitab ini merupakan ensiklopedia besar dalam ilmu geologi dan mineralogi. Buku ini dibagi menjadi beberapa bab dan tiap-tiap bab membahas tentang salah satu jenis logam atau batu mulia. Penulisan buku ini selesai pada tahun 640 H (1242M)  dan pernah diterjemahkan beberapa kali ke dalam bahasa Latin. Sebagaimana juga pernah diter-jemahkan ke dalam bahasa Prancis, Inggris, dan Jerman.

Wednesday, 24 February 2016

Jabir Ibnu Hayyan


Nama penuh Jabir Ibnu Hayyan adalah Abu Musa Jabir Ibnu Hayyan Al-Azdi . Beliau lebih dikenali sebagai Geber bin Hayyan di kalangan orang Barat. Beliau dilahirkan di Thus, Khurasan, Iran pada tahun 721 M atau sekitar abad ke-7. Jabir adalah seorang yang berketurunan Arab, namun ada juga yang mengatakan bahawa beliau berketurunan Persia. Ayahnya bernama Hayyan al-Azdi berasal dari suku Arab Azd adalah seorang ahli dalam bidang farmasi dari kabilah Yaman yang besar iaitu kabilah Azad.  Ada pendapat mengatakan beliau dinamakan Gaber (penampung) kerana memperbaiki ilmu kimia iaitu memindahkan ilmu kimia tua kepada bentuk ilmu kimia moden. Bidang kimia yang dipeolopori orang Islam mencapai kemuncaknya dengan cepat dalam abad ke-8 disebabkan oleh beliau dan juga terkenal sebagai Bapa Kimia Moden. Jabir meninggal dunia dalam tahanan rumah di Kufah, Iraq pada 815 M.



Sumbangan

KARYA JABIR IBNU HAYYAN

Banyak hasil karya Jabir telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris oleh sarjana Barat bagi memperkayakan khazanah ilmu di Barat. Beliau telah menulis 300 buku falsafah, 2300 artikel mengenai peralatan perang, 500 buku perubatan, buku serangga 300 halaman, 500 buah buku yang menolak beberapa teori falsafah, buku mengenai zuhud dan nasihat, buku mengenai mantera dan buku sains menurut Aristotle. Secara keseluruhannya, hampir 3. 000 risalah dan artikel dikemukakan oleh Jabir ibnu Hayyan. 112 didedikasikan untuk Barmaki Vizier, wazir Khalifah Harun al-Rasyid.

PENGHASILAN PERALATAN

Jabir Ibnu Hayyan berjaya menghasilkan instrumen pemotong, peleburan dan pengkristalan. Beliau menyempurnakan proses dasar sublimasi, penguapan, pencairan, kristalisasi, pembuatan kapur, penyulingan, pencelupan, pemurnian, sematan (fixation), dan oksidasi-reduksi. Semua teknik telah beliau siapkan sebelumnya, beliau juga telah membezakan antara penyulingan langsung menggunakan bejana basah dan penyulingan tak langsung menggunakan bejana kering, dan Jabir merupakan orang yang pertama kali mengesahkan bahawa air hanya dapat dimurnikan melaui proses penyulingan.

TEORI KIMIA

Beliau telah menjalankan exkperimen menggunakan teknik yang menakjubkan dalam bidang kimia yang kini menjadi dasar dalam mengembangkan ilmu kimia modern seperti kristalisasi, distilisasi/penyulingan, kalsinasi, dan sublimasi. Jabir ibnu Hayyan juga membuat instrumen pemotong, pelebur, dan pengkristal.

Begitu banyak sumbangan yang telah dihasilkan Jabir bagi pengembangan kimia. Berkat jasa Jabir-lah, ilmu pengetahuan modern bisa mengenal asam klorida, asam nitrat, asam sitrat, asam asetat, tehnik distilasi, dan tehnik kristalisasi. Jabir pulalah yang menemukan larutan aqua regia (dengan menggabungkan asam klorida dan asam nitrat) untuk melarutkan emas. Keberhasilan penting lainnya yang dicapai Jabir adalah kemampuannya mengaplikasi kan pengetahuan mengenai kimia ke dalam proses pembuatan besi dan logam lainnya, serta pencegahan karat. Ter nyata, Jabir jugalah yang kali pertama mengaplikasikan penggunaan mangan dioksida pada pembuatan gelas kaca.  

Ibnu Hayyan membahagikan bahan menjadi tiga kategori, iaitu air, logam, dan batuan (bahan campuran) :

1.  Air iaitu bahan yang mempengaruhi proses penguapan pada proses pemanasan, seperti pada bahan camphor (kamper), arsenik, amonium klorida, dan sulfur.

2.  Benda logam iaitu bahan yang dapat ditempa, berkilat, menghasilkan suara seperti pada emas, perak, timah, tembaga, besi.

3. Batuan (bahan campuran) iaitu bahan mineral yang tidak dapat ditempa dan dapat ditukar menjadi serbuk. Contohnya batu dan arang.